Apakah itu PSV?
PSV adalah singkatan kepada Public Service Vehicle. Lesen ini adalah wajib jika anda mengambil penumpang atau barangan yang berbayar atau lebih mudah dikenali sebagai Lesen Teksi, Lesen Bas.
Adakah PSV wajib untuk diambil sebelum mendaftar Grab?
Wajib. Pemandu E-Hailing baru perlu mengambil Lesen PSV kategori Teksi/Kereta Sewa/E-hailing adalah SAMA dengan kategori Jurupandu (JP) dan teksi. PSV Bas Dan Minivan TIDAK diterima.
Bilakah undang-undang PSV akan dilaksanakan terhadap pemandu E-hailing?
Secara Rasminya, 11hb Oktober 2019 adalah hari terakhir dari Menteri Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Perlukah anda mengambil PSV sekarang untuk mengelakkan huru-hara pada bulan Jun/Julai nanti?
Pada pendapat saya, kalau anda ingin menambah alternatif selain dari hanya memandu Grab, anda boleh mengambil lesen PSV, sebab anda boleh menceburi kerjaya dalam memandu teksi dan bas pada masa depan.
Pada pendapat saya, kalau anda ingin menambah alternatif selain dari hanya memandu Grab, anda boleh mengambil lesen PSV, sebab anda boleh menceburi kerjaya dalam memandu teksi dan bas pada masa depan.
SYARAT PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL INI (PSV & GDL)
- Mempunyai lesen memandu D-CDL
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan yang disah kan oleh doctor melalui pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Perlu isi borang JPJ L8A ini dan perlu ditandatangan dan cop oleh doctor yang memeriksa kita di 3 bahagian di dalam borang ini. WAJIB. Boleh download borang JPJ L8A di sini.
- Warganegara Malaysia dan penduduk tetap.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
- Borang medical
- Resit bayaran Klinik/Hospital( original)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen sedia ada