Grab PSV: Panduan Memohon Lesen PSV untuk Pemandu Grab dan E-Hailing Lain

Apakah Itu Lesen PSV?

Lesen PSV (Public Service Vehicle) adalah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia untuk pemandu kenderaan perkhidmatan awam. Kenderaan perkhidmatan awam termasuk teksi, bas, dan kenderaan e-hailing (seperti Grab). Lesen ini diperlukan untuk memastikan bahawa pemandu telah melalui latihan yang sesuai dan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan penumpang.

 

Adakah Lesen PSV wajib untuk pendaftaran GrabCar ?

Lesen PSV adalah wajib untuk pendaftaran sebagai pemandu GrabCar di Malaysia. Syarat ini dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan semua pemandu kenderaan e-hailing, seperti GrabCar, telah menerima latihan yang sesuai dan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

 

Lesen PSV manakah yang digunakan untuk Grab Driver ?

Untuk menjadi pemandu Grab di Malaysia, anda memerlukan lesen PSV (Public Service Vehicle) kategori teksi/kereta sewa/e-hailing. Lesen ini secara khusus digunakan untuk pemandu yang membawa penumpang dengan kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa, dan kenderaan e-hailing.

 

Berapa Harga / Yuran untuk mengambil lesen PSV ?

Angaran kos untuk PSV sahaja adalah RM80. Tidak termasuk Medical Checkup yang berharga RM50-RM80 dan proses kad PSV di pejabat JPJ RM20-RM30.

Lesen PSV dengan Grab Hub Shah Alam

Untuk permohonan baru Grab berharga RM150 (termasuk kursus 6 jam). Grab akan bayar balik RM150 SELEPAS akaun berjaya diaktifkan. Ini bermaksud kursus PSV adalah PERCUMA bersama Grab.

 

Bagaimana untuk mendapatkan Lesen PSV jika anda tidak pernah menjadi pemandu Grab?

Pemohon baru boleh mendaftar secara online melalui laman web pendaftaran-grab.com. Admin Grab akan membantu anda dan memastikan anda mengikuti setiap langkah permohonan dengan tepat.

Klik link https://pendaftaran-grab.com/ ini untuk dafatr lesen PSV sekarang !

 

“Saya pernah memandu untuk Grab, namun akaun saya telah ditutup kerana saya tidak mempunyai Lesen PSV”.

Untuk pemandu Grab yang lama, anda harus ke Grab GDC untuk membuat rayuan bagi mengaktifkan semula akaun anda. Selepas itu, admin GDC akan membantu anda dalam proses mendapatkan Lesen PSV secara langsung

 

Syarat-Syarat Pendaftaran Pemandu

1. Memilik kereta tahun 2014 ke atas
2. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
3.Pemilik MyKad Biru sahaja (MyTentera / MYPR tidak diterima)
4. Lesen Memandu D/DA (Lesen P tidak layak)
5.Handphone Android atau Iphone

 

Dokumen yang dipoerlukan untuk Pendaftaran Sebagai Grab Driver

1. Gambar Profil
2. Gambar IC Original (Depan)
3. Gambar Covernote Insurance Kereta

  • (Pastikan nama anda ada di dalam insurans covernote tersebut)
  • (Covernote yang diperlukan adalah muka surat yang ada details kereta seperti chassis number, engine number)

4. Grant JPJ Kereta

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *