Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, Grab Malaysia mengajak rakyat untuk terus berbuat kebaikan melalui inisiatif ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.
Dengan setiap penjimatan yang dilakukan di Grab, rakyat Malaysia berpeluang menyumbang kepada komuniti dengan menukar GrabRewards mereka sebagai derma kepada pelbagai badan amal.
Lebih istimewa, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang Ramadan dan Hari Raya, menggandakan impak kebajikan yang diberikan.
Antara organisasi yang boleh disokong menerusi inisiatif ini termasuk Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia, dan banyak lagi.
Berkongsi inspirasi di sebalik usaha ini, Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, berkata, Sama ada menyokong perniagaan kecil tempatan atau membantu komuniti yang memerlukan, rakyat Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.
Sebagai syarikat tempatan, kami mahu menyokong usaha mereka di setiap langkah bagi memastikan amalan kebajikan ini lebih mudah dan lancar.
Dengan GrabRewards, kami bukan sahaja menawarkan penjimatan hebat, tetapi juga peluang yang mudah untuk rakyat berbuat baik.
Dengan memadankan setiap derma, kami berharap dapat menggalakkan lagi semangat memberi dan menunjukkan bagaimana setiap penjimatan di Grab boleh menjadi peluang untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, Grab bukan sahaja memadankan setiap sumbangan GrabRewards tetapi juga menawarkan pelbagai promosi serta inisiatif khas bagi memenuhi keperluan perayaan rakyat Malaysia:
1. Baju Raya Eksklusif untuk Rakan Grab
Sebagai tanda penghargaan kepada pemandu dan rakan penghantaran, Grab menghadiahkan baju batik edisi terhad, hasil rekaan Firdaus Nordin, kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang.
2. Penjimatan Hebat untuk Juadah Ramadan dengan GrabUnlimited
Nikmati promosi istimewa dengan langganan GrabUnlimited serendah 1 sen, termasuk diskaun sehingga 50% untuk pelbagai hidangan berbuka puasa dan makanan kegemaran sepanjang Ramadan. Grab juga bekerjasama dengan pakar kulinari untuk memperkenalkan pilihan makanan terbaik yang boleh didapati di GrabFood.
Tip Bijak Grab: Dapatkan diskaun 50% untuk pesanan GrabFood dengan memanfaatkan Tawaran Hangat dan baucar FreeDel apabila anda menjadualkan pesanan pada jam 8 malam!
3. Inspirasi Gaya Raya dengan Grab
Mereka yang ingin tampil bergaya di Hari Raya boleh mendapatkan akses eksklusif kepada koleksi terkini daripada jenama popular seperti LILIT. dan Zalora.
4. Idea Masakan Ramadan dengan GrabMart
Bagi yang gemar memasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk berkongsi resipi kreatif yang menggabungkan masakan tradisional Melayu dengan sentuhan moden. Antara menu yang boleh dicuba termasuk Dumpling Ayam Masak Merah dan Lontong Goreng Pedas Makanan Laut. Semua bahan boleh didapati dengan mudah melalui GrabMart.
5. Nikmati Perjalanan Raya dengan Lebih Jimat
Sama ada pulang ke kampung halaman atau bercuti, Grab menawarkan pelbagai keistimewaan untuk perjalanan yang lebih berbaloi:
- Grab Travel Pass: Dapatkan diskaun untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan pelancongan pada harga pengenalan RM4.90.
- Intercity: Nikmati potongan 10% bagi tiket bas dan feri untuk perjalanan yang lebih mudah dan menjimatkan.
6. Hadiahkan Kegembiraan dan Raih Ganjaran
Bagi mereka yang ingin berkongsi rezeki dengan insan tersayang, Grab memperkenalkan cabaran menarik yang memberi lebih banyak ganjaran:
- GrabGifts Challenge: Hantar hadiah kepada keluarga dan rakan serta kumpul lebih banyak GrabRewards dan baucar eksklusif!