Kereta Sewa: 5 Sebab Unik Kenapa Anda Perlu Menyewa Kereta Sekarang

Sudah ramai rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa sebagai kaedah pengangkutan yang digemari pada masa kini.

 

Ini kerana anda boleh berjimat daripada mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar tambang teksi atau e-hailing. Dengan adanya kereta sewa, anda tidak terikat dengan jadual kenderaan awam seperti Komuter, LRT dan MRT.

 

Bila pergi bercuti atau outstation, pastinya anda akan membawa banyak luggage kan?

 

Anda semestinya memerlukan ruang besar untuk menyimpan barang. Dengan menyewa kerera, anda mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

 

Bagi anda yang inginkan kepastian tentang kelebihan sewa kereta, artikel ini menerangkan lebih lanjut mengenai sebab-sebab menarik sewa kereta:

 

#1 Boleh Memilih Pelbagai Jenis Kereta Sewa

 

 

Salah satu sebab mengapa orang lebih gemar untuk menyewa kereta berbanding memandu kereta sendiri adalah kerana kebanyakan agensi sewa kereta yang menawarkan pelbagai jenis kereta untuk dipilih.

 

Di antaranya ialah:

  • Kereta sedan
  • Kereta hatchbacks
  • Kereta SUV dan MPV
  • Kereta paduan 4 roda

Tidak kira apa jua keperluan yang anda perlukan, anda bebas memilih kereta sewa yang anda perlukan.

Syarikat kereta sewa biasanya akan membantu anda mendapatkan kenderaan yang terbaik mengikut tempoh sewa yang dikehendaki.

 

#2 Memandu Kereta Yang Selesa

 

 

Ini adalah kelebihan utama kepada anda yang memandu kereta sewa berbanding kereta peribadi.

Ianya amat berbaloi terutama bagi anda yang ingin memandu jauh.

Kebanyakan pengguna memilih untuk menyewa kereta keadaan kereta peribadi yang tidak memuaskan. Ini termasuk kereta yang dipakai sudah berusia, sering rosak, tiada pendingin hawa dan juga mungkin ada masalah enjin.

 

#3 Mendapatkan Kenderaan Untuk Tujuan Tertentu

 

 

Sesetengah individu menyewa kereta hanya untuk situasi tertentu. Contohnya ada yang menyewa van mini untuk membawa keluarga berjalan-jalan. Ada pula yang membawa rakan-rakan untuk menghadiri lawatan ataupun perkhemahan. Dengan menyewa kereta, anda dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membeli kereta baru. Anda juga tidak perlu menanggung hutang jangka panjang yang membebankan akibat membeli kereta.

 

#4 Mengelakkan Tayar Kereta Peribadi Cepat Haus

 

Bagi mereka yang ingin menjaga tayar kereta sendiri, anda boleh menyewa kereta untuk tujuan berjalan jauh atau ekspedisi. Umum mengetahui bahawa kekerapan memandu kereta boleh menyebabkan tayar cepat haus dan botak. Tayar baru dan servis penukaran tayar menelan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya anda ingin berjimat, anda boleh menggunakan kereta sewa untuk pemanduan jauh seperti balik kampung.

 

#5 Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Kereta

 

 

Tip #5 ada kaitan dengan tip #4 kerana ianya melibatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta untuk memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik.

 

Sekiranya kereta tidak diselenggarakan dengan baik, kos untuk membaiki kereta boleh menjadi mahal. Apabila anda menyewa kereta, urusan penyelenggaraan hanya diuruskan oleh syarikat yang menyewa kereta tersebut. Anda hanya perlu mengisikan gas atau minyak petrol sahaja.

 

Bagi mereka yang menyewa kenderaan dalam tempoh yang lama, syarikat akan memberikan tempoh masa untuk servis kereta atau ditukarkan kepada kenderaan lain yang lebih baik.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi daripada menyewa kereta. Tiada sebab untuk anda untuk tidak mengambil kereta sewa kerana anda akan memerlukannya pada masa-masa tertentu.

REFERENCE WEBSITE :

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *