Ramadan yang Meriah Bersama Grab Malaysia
Bersama-sama, #LebihEratLebihBerkat!
Sepanjang bulan Ramadan ini, Grab Malaysia merayakan kehangatan dan kebersamaan dengan rakan-rakan penghantar, sambil berkongsi keberkatan berpuasa dengan anda. Kami dengan gembira mempersembahkan beberapa aktiviti istimewa sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan penghantar kami, sambil memberi peluang untuk berinteraksi secara mesra!
Cabaran Hantar dan Menang Ramadan
Grab telah menganjurkan cabaran di mana rakan-rakan penghantar GrabFood dan GrabExpress berpeluang memenangi hadiah menarik! Sebanyak 40 rakan penghantar telah mendapatkan baucar membeli-belah eksklusif daripada kami, dengan beberapa bahkan mencapai lebih daripada 200 penghantaran dalam tempoh 3 minggu! Tahniah kepada semua pemenang cabaran ini!
Bazar Ramadan Grab #LebihEratLebihBerkat
Bazar Ramadan Grab kembali lagi! Selama 2 minggu, rakan pemandu dan rakan penghantar Grab telah dijemput untuk menghadiri 37 bazar Ramadan di 26 bandar seluruh negara. Di bazar ini, makanan dan minuman percuma disediakan untuk berbuka puasa. Selain itu, bazar ini memberikan peluang kepada Grab untuk berinteraksi dengan anda yang hadir di bazaar-bazaar ini!
Promosi Makanan Berbuka Puasa
Selain bazar, Grab juga menawarkan promosi set makanan berbuka dari restoran pilihan GrabFood dengan harga serendah RM5! Dengan harga yang mampu dimiliki ini, rakan penghantar kami dapat menikmati pelbagai hidangan berbuka puasa istimewa dari restoran-restoran seperti Village Park Restaurant, Maluri Tomyam, STREAT Thai, dan Mr Biryani. Pastinya berbaloi!
Kejutan Kurma Percuma
Siapa tidak suka kejutan? Selain hidangan berbuka, kami juga telah mengagihkan lebih dari 1,000 kotak kurma kepada rakan penghantar yang bertuah! Mereka menerima kurma percuma ini di restoran-restoran terpilih dan semasa Sesi Teh Tarik. Walaupun perlu menunggu sehingga waktu berbuka untuk menikmatinya, kami harap pemberian ikhlas ini telah menyampaikan senyuman kepada anda!
Grab berharap usaha kami sepanjang bulan Ramadan telah memberikan sedikit keceriaan kepada anda. Terima kasih atas sokongan anda dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!