Buat GrabCar tanpa Lesen PSV boleh mengakibatkan denda sehingga RM2,000 atau penjara selama 6 bulan!

Pemandu kereta e-hailing yang tidak memiliki lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) akan dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau dipenjara selama tidak lebih dari 6 bulan, mulai berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid menyatakan bahawa pemandu e-hailing yang tidak memiliki lesen PSV telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Pesalah boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 6 bulan jika disabitkan kesalahan,”┬ákata Shaharuddin.

Menurutnya, tindakan juga akan diambil ke atas pemandu yang gagal mempamerkan pelekat e-hailing, termasuk kenderaan yang mengalami masalah teknikal.

 

Kegagalan mempamerkan pelekat adalah kesalahan di bawah Akta Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Tingkah Laku Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959, dan pesalahnya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

 

Pada bulan November tahun lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahwa pemandu e-hailing dikehendaki mempunyai lesen PSV mulai Januari tahun ini. Beliau menyatakan bahawa pemandu diberikan tempoh hingga 12 Julai untuk memperoleh lesen tersebut, termasuk menghadiri kursus PSV. Tidak ada lanjutan tempoh selepas tarikh tersebut.

Menurut laporan, pemandu e-hailing dijangka mengeluarkan hingga RM800 untuk memperoleh lesen tersebut dan dokumen yang diperlukan. Kos tersebut termasuk bayaran ujian lesen sebanyak RM200, caj insurans tahunan (RM300-RM400) untuk kenderaan PSV, dan caj pembaruan lesen PSV (RM20).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *